as salam........
langkah pertama; belajar bertatih
bila bertatih tentulah perlahan-lahan......lambat-lambat....bahkan mungkin hampir seerti dengan lembab....
kalau bahasa yang akademik dinamakan belajar kendiri;belajar melalui pengalaman harian,trial and error.....cuba jaya....begitulah.....
pengetahuan IT minima saja,kebolehanpun tak seberapa,maka sebab itulah kena bertatih dan perlu ikut kaedah cuba jaya.....
mengapa ingin ada blog,apa perlunya,apa fungsinya? sebenarnya....bukanlah berhasrat untuk jadi penulis,bukan juga nak jadi terkenal.....tapi kerana perlukan sebuah media untuk merakamkan catatan,luah rasa,cerita,rungutan,keinginan, dan seribu satu macam yang kadangkala sukar untuk diluahkan melalui lisan atau verbal....yang kadang waktu tidak mampu mendapat teman bicara....dan...kerana kelainan upaya yang dialami kini.....menulis menggunakan pen merupakan suatu kesukaran...maka kerana itulah kaedah ini dipilih....