Wednesday, 25 January 2012

guru berkaki tiga.........

Hari ketiga sesi persekolahan 2012.......Buat pertama kalinya selama tempoh hampir 25 tahun,inilah pertama kalinya aku mengajar subjek pendidikan moral. Kata salah seorang ajk jadual waktu sekolah"inilah yang termudah boleh beri pada akak" .........dan sambil tersenyum aku mengucapkan terima kasih.

Buku persediaan guru berjaya ku lengkapkan sendiri,akupun macam tak percaya aku mampu melakukannya. Memanglah tak begitu sempurna,senget di sana sini kertas yang kutampal itu tapi pokoknya aku dapat siapkan sendiri. Aku senyum juga,puas! Alhamdulillah..........

Berbalik kepada cerita murid-muridku;aku mengajar tahun 2,3 dan 4. Jumlahnya 20 orang sahaja. Walaupun bilangannya sedikit,kerenahnya sama saja seperti 30 orang. Pada hari pertama,aku telah menerangkan kepada mereka status kesihatanku dan cara pendekatanku yang akan kugunakan semasa P&P nanti. Semuanya akur dan setuju dan berjanji untuk tidak buat hal dalam kelas;boleh percaya ke? Aku senyum sendiri......