Thursday, 18 July 2013

BILA CEMPEDAK MENJADI NANGKA!!




Tak sangka.........memang tak sangka.....buah cempedak dah jadi nangka.......Apa makna peribahasa ini sebenarnya ye? Kalau akulah.....aku lebih gemar makan nangka daripada cempedak....... hehe.......

Peribahasa ini menggambarkan suatu keadaan yang terjadi dan tak dapat diubah lagi......;eh betul ke ni? Dah lama tinggalkan peribahasa ni kadang-kadang ter'compius' pulak....... harap Pakar-pakar bahasa tak menyumpahi aku......(^_^)

Ceritanya bermula pada saat aku terima surat arahan pengembalian wang gaji kerana bercuti sakit awal tahun lalu,aku rasa sedikit terpukul dengan ayat yang digunakan- aku rasa aku teraniaya. Mana tidaknya,dalam hal sepatutnya aku layak diberi cuti sakit separuh gaji tetapi oleh kerana kelalaian pihak pentadbir(yang aku tak pasti sama ada sekolah atau PPD) yang menguruskan hal-ehwal cuti sakitku- maka aku hanya diberi cuti sakit tanpa gaji.......... yang bermaksud aku harus memulangkan wang gaji untuk tempoh yang dinyatakan secara sekaligus ataupun keringanan hanya 3 kali ansuran.. sekaligus akan membawa akibat ganjaran atau faedah persaraan aku nanti dipotong....Jadi,akupun menulis surat memohon supaya dipertimbangkan semula status cutiku itu. 

Hasilnya,setelah beberapa bulan sepi tanpa jawapan- suatu hari aku diminta mengemukakan laporan status kesihatanku melalui pihak sekolah. Dan berikutan dengan itu;pada 22 November 2012 aku dipanggil untuk ditemuduga oleh Lembaga Perubatan...... spontan aku sudah dapat mengagak apa yang bakal terjadi - tujuannya supaya dinilai oleh Panel Doktor : apakah seseorang pegawai itu masih boleh BERKHIDMAT atau layak DIBERSARAKAN sahaja.


Dipendekkan cerita,aku gagal hadir pada temuduga kali pertama itu kerana 'miscommunication'- istilah zaman kini yang 'selamat' supaya tidak sesiapa dipertanggungjawabkan di atas kekhilafan itu. Hehehe....

Akupun meneruskan rutin harian sebagaimana biasa- kisah Lembaga Perubatan tidak pun mengganggu tidur dan jagaku. Sehinggalah suatu petang khamis di bulan Januari;aku menerima pesanan melalui  PAR sekolah supaya hadir ke HTAR untuk temuduga Lembaga Perubatan keesokkan harinya.

Aku hadir dengan ditemani suami dengan sedikit kepayahan kerana sukar mendapatkan parkir. Aku sampai lewat 10 minit dari masa yang ditetapkan tapi nasib baik sesi belum dimulakan. Aku orang oertama yang dipanggil..... Sesi temuduga berlangsung lebih kurang 20 minit,aku menjwab setiap soalan yang dikemukakan oleh doktor pakar dan Penguasa HTAR dengan tenang. Sebelum sesi berakhir Penguasa Hospital merumuskan: Saya rasa cikgu masih boleh mengajar sebab cikgu boleh bercakap dengan baik,mungkin tak sesuai mengajar murid sekolah tapi di peringkat universiti rasanya tiada masalah. Kata-katanya membuatkan aku ketawa;"Saya hanya berkelulusan SPM,doktor........" Semua ahli panel ketawa kecil bersama-sama.Akhir sekali dia bertanya." Majikan berpendapat cikgu patut dibersarakan,apa komen cikgu?" Setelah menelan liur aku menjawab" Jika itu pendapat majikan,saya bersedia untuk dibersarakan sebab  saya memang tidak dapat lakukan tugas saya sebagai cikgu biasa..... banyak kerja memerlukan bantuan orang lain,saya boleh buat jika tugas itu telah dipermudahkan........ Sekali dua mungkin saya boleh minta tolong kawan yang lain,tapi kalau berterusan ...itu suatu yang menyukarkan.... " lancar saja kata itu keluar dari mulutku tanpa kurancang. Sesi tamat dan aku diberitahu keputusan akan diberitahu kemudian.

Sekali lagi sepi tanpa berita dan akupun tak memikirkan langsung hal itu. Tiba-tiba pada suatu tengahari Khamis dalam bulan Mac aku diminta oleh PT sekolah supaya melengkapkan borang untuk pesara dengan kadar segera... Akal ku terus membuat kesimpulan: AKU AKAN DIBERSARAKAN.......... tapi bila? Soalan bertalu-talu menerjah kotak akalku,"kenapa takde makluman apa-apa alih-alih kena isi borang?"

Persoalan akhirnya terjawap apabila aku menerima surat dari JPS. Isi kandungan menyatakan Lembaga Perubatan bersetuju "Pegawai dibersarakan kerana  tidak mampu menjalankan tugas hakiki atas sebab kesihatan:kelemahan anggota kekal akibat strok" - tarikh persaraan akan diputuskan kelak........ maka dengan itu pegawai diberikan cuti perubatan khas dan dibayar gaji sehingga sehari sebelum tarikh bersara..... 

cempedak dah jadi nangka........ aku pasrah kerana aku percaya ini bukanlah suatu kesilapan mahupun kebetulan melainkan ini adalah perancangan Allah jua...... pasti ada hikmahnya.....

Saturday, 13 July 2013



Aku sebenarnya gemar menulis puisi;sambil duduk seorang diri aku suka mencoret sesuatu........... melalui puisi juga dapat meluahkan perasaan yang tersimpan,rasa yang berbagai......... Apa yang ditulis tidak semestinya menggambar tentang diri penulis kerana idea menulis puisi datang dari berbagai sumber sama ada yang dialami sendiri,pengalaman insan lain,apa yang dilihat .....dan macam-macam cara......

        Well......... mari kita cuba baca puisi ini......

        Kasih,sayang dan cinta
        asalnya bermula dari rasa suka
        tanpa rasa suka
        tentulah payah untuk sayang
        pastilah sukar untuk kasih
        sudah semestinya tidak cinta

         Suka,sayang,kasih,cinta
         rasa yang ada dalam jiwa
         kadangkala semakin hari bertambah suka
         semakin lama semakin sayang
         semakin kasih akhirnya semakin cinta

        Tak kurang juga
        dari cinta berubah benci
        kerana semua rasa itu ada di jiwa.......

  Puisi ini kutulis pada 6 Mac 2013...... pada jam 230 petang...di saat kelopak mata terasa berat......  (^_^)


Friday, 6 April 2012

here are my reasons.........

Nak mulakan langkah pertama untuk mewujudkan blog pun perlu dapatkan bantuan anakanda.....thanks dear......you'd done a good job,its simple but nice;tak crowded dan nampak matured....i'm so pleased !!! akhirnya........
         Seperti yang dikatakan terlebih awal....kadang2 tiada teman bicara;bukannya tak ada......tapi takut tersilap pilih teman bicara....... yang kadang2 cerita exclusive untuk kau saje tapi dijajanya keliling bandar,tak ke parah? kan ........
        Itu saja sebabnya.......lebih senang dan santai berbicara di sini;ibarat bercakap dengan diri sendiri cuma kalau asyik bercakap sendirian mungkin dilabel orang kebanyakan sebagai mereng pula.....ye lah,mana kan tidak ....duduk sorang diri tapi mulut terkumat-kamit,macam menjampi pun ada;nak kata berzikir- alhamdulillah jika benar begitu- tapi agak luarbiasa seorang manusia biasa jika tak selesai2 zikirnya.......
       Sebagai seorang manusia kita perlu meluah rasa hati....kalau pandai melukis,luahan pada kanvas pastinya,kalau bijak memainkan alat muzik,bolehlah menghasilkan nota beirama.tapi,aku orang biasa;jadi coretanku pun biasa-biasa je....begitulah nasihat yang kuterima dari pengamal perubatan;kalau kita simpan sendiri ianya boleh mengakibatkan stress,juga boleh meningkatkan tekanan darah. apa jua rasa,luahkan........
         Menurut seorang pakar motivasi menerusi ruangan (lupa pula......) baru-baru ini,meluahkan perasaan dalam bentuk tulisan sebenarnya tidak melegakan tekanan;sebaliknya kaedah yang terbaik ialah meluahkan isi hti secara verbal kepada seseorang contohnya kaunselor atau siapa saja dengan syarat orang itu seorang yang amanah! Itu kata-kata seorang kaunselor yang punya klinik kaunseling.......macam ada udang di sebalik mee pula kan?.....he he he.....
           Aku buat apa yang aku yakin dan percaya.....and here i am!!.......       
       

Thursday, 5 April 2012

Redha Allah atau pengiktirafan manusia...........pilihlah yang mana satu...

"Alah.......dia bukannya buat apa-apapun kat sini,duduk aje suruh jelah dia pindah ke sana.....kat sanapun nanti duduk juge le........."berdesing cuping telingaku apabila cerita itu sampai ke pengetahuanku. Aku menghela nafas lambat-lambat,ku telan air liur berkali-kali,aku cuba menguntumkan segaris senyuman sambil berbisik kepada diriku sendiri.........."alhamdulillah.....".


Komuniti ini kecil,apa jua yang kita bicarakan samada baik mahupun buruk akan diketahui oleh semua orang. Sebagai contoh;kalaulah hari ini kita sibuk mengulas tentang si polan,entah esok atau lusa si polan sendiri sudahpun  dapat mendengar edisinya. Cuma masanya bergantung kepada darjah sensasinya sesuatu cerita itu.


Sekonyong aku teringat akan kata-kata yang selalu dilafazkan oleh Dr Muhaya;'Apakah kita perlukan pengiktirafan manusia atau kita perlukan redha Allah?' Tepuklah dada,tanyalah iman;yang mana pilihan kita.


Aku tak perlu menjawab mahupun membidas pernyataan itu. Cukuplah malaikat raqib dan atiq yang menjalankan tugasnya dan Allah yang menyaksikan segalanya. Bukankah Allah Maha Melihat,Maha Mengetahui?


Hati yang cepat perasa terus-terusan ku pujuk.Kupujuk dengan zikir dan doa.....Kalau aku gagal memujuk sang hati,pastilah aku telah memenangkan amarahku,dan syaitan pastinya bertepuk gembira.......Memang bukan mudah memujuk hati yang terluka;tapi bukan jua mustahil......sebagai hamba yang lemah,aku  sentiasa berpaling kepada Allah sebaik-baik tempat mengadu.


Agak lama juga aku cuba menghindar daripada terserempak dengannya,bukanlah kerana benci tetapi kerana hatiku masih terasa ngilu dengan ungkapan katanya. Aku cuba menepis kesedihan yang masih tersisa kerana aku sedar bersedih bukan penyelesai masalah. Aku senang sekali mendengar alunan nasyid 'Dont be sad' yang dipost ke laman facebookku. Terubat sedikit hatiku yang lara.


"Kalau macam tu dia kata,why not you work smart?" cadang seorang teman."How?" tanyaku kurang mengerti. "Bila dia ada kat sini,you buat kerja kat depan dia. Bila dia tak de,you buat sikit-sikit sudahlah......" cadang teman itu lagi sambil tersengih lebar. Aku termangu dengan cadangannya. "Tak pelah.......Allah nampak apa yang kita buat.......suka hati dialah nak komen apa."balasku mengakhiri sesi perbualan hari itu.


Semenjak hari itu,aku tak pernah mahu tahu apa yang mereka perkatakan. Aku lakukan kerja yang terdaya sambil mengharap redha Allah;sementara masih ada masa yang tersisa.....sebelum aku dijemput pulang.......





Wednesday, 25 January 2012

guru berkaki tiga.........

Hari ketiga sesi persekolahan 2012.......Buat pertama kalinya selama tempoh hampir 25 tahun,inilah pertama kalinya aku mengajar subjek pendidikan moral. Kata salah seorang ajk jadual waktu sekolah"inilah yang termudah boleh beri pada akak" .........dan sambil tersenyum aku mengucapkan terima kasih.

Buku persediaan guru berjaya ku lengkapkan sendiri,akupun macam tak percaya aku mampu melakukannya. Memanglah tak begitu sempurna,senget di sana sini kertas yang kutampal itu tapi pokoknya aku dapat siapkan sendiri. Aku senyum juga,puas! Alhamdulillah..........

Berbalik kepada cerita murid-muridku;aku mengajar tahun 2,3 dan 4. Jumlahnya 20 orang sahaja. Walaupun bilangannya sedikit,kerenahnya sama saja seperti 30 orang. Pada hari pertama,aku telah menerangkan kepada mereka status kesihatanku dan cara pendekatanku yang akan kugunakan semasa P&P nanti. Semuanya akur dan setuju dan berjanji untuk tidak buat hal dalam kelas;boleh percaya ke? Aku senyum sendiri......

Thursday, 22 December 2011

taa..tih......

as salam........
langkah pertama; belajar bertatih 
bila bertatih tentulah perlahan-lahan......lambat-lambat....bahkan mungkin hampir seerti dengan lembab.... 
     kalau bahasa yang akademik dinamakan belajar kendiri;belajar melalui pengalaman harian,trial and error.....cuba jaya....begitulah..... 
pengetahuan IT minima saja,kebolehanpun tak seberapa,maka sebab itulah kena bertatih dan perlu ikut kaedah cuba jaya.....
     mengapa ingin ada blog,apa perlunya,apa fungsinya? sebenarnya....bukanlah berhasrat untuk jadi penulis,bukan juga nak jadi terkenal.....tapi  kerana perlukan sebuah media untuk merakamkan catatan,luah rasa,cerita,rungutan,keinginan, dan seribu satu macam yang kadangkala sukar untuk diluahkan melalui lisan atau verbal....yang kadang waktu tidak mampu mendapat teman bicara....dan...kerana kelainan upaya yang dialami kini.....menulis menggunakan pen merupakan suatu kesukaran...maka kerana itulah kaedah ini dipilih....