Thursday, 18 July 2013

BILA CEMPEDAK MENJADI NANGKA!!




Tak sangka.........memang tak sangka.....buah cempedak dah jadi nangka.......Apa makna peribahasa ini sebenarnya ye? Kalau akulah.....aku lebih gemar makan nangka daripada cempedak....... hehe.......

Peribahasa ini menggambarkan suatu keadaan yang terjadi dan tak dapat diubah lagi......;eh betul ke ni? Dah lama tinggalkan peribahasa ni kadang-kadang ter'compius' pulak....... harap Pakar-pakar bahasa tak menyumpahi aku......(^_^)

Ceritanya bermula pada saat aku terima surat arahan pengembalian wang gaji kerana bercuti sakit awal tahun lalu,aku rasa sedikit terpukul dengan ayat yang digunakan- aku rasa aku teraniaya. Mana tidaknya,dalam hal sepatutnya aku layak diberi cuti sakit separuh gaji tetapi oleh kerana kelalaian pihak pentadbir(yang aku tak pasti sama ada sekolah atau PPD) yang menguruskan hal-ehwal cuti sakitku- maka aku hanya diberi cuti sakit tanpa gaji.......... yang bermaksud aku harus memulangkan wang gaji untuk tempoh yang dinyatakan secara sekaligus ataupun keringanan hanya 3 kali ansuran.. sekaligus akan membawa akibat ganjaran atau faedah persaraan aku nanti dipotong....Jadi,akupun menulis surat memohon supaya dipertimbangkan semula status cutiku itu. 

Hasilnya,setelah beberapa bulan sepi tanpa jawapan- suatu hari aku diminta mengemukakan laporan status kesihatanku melalui pihak sekolah. Dan berikutan dengan itu;pada 22 November 2012 aku dipanggil untuk ditemuduga oleh Lembaga Perubatan...... spontan aku sudah dapat mengagak apa yang bakal terjadi - tujuannya supaya dinilai oleh Panel Doktor : apakah seseorang pegawai itu masih boleh BERKHIDMAT atau layak DIBERSARAKAN sahaja.


Dipendekkan cerita,aku gagal hadir pada temuduga kali pertama itu kerana 'miscommunication'- istilah zaman kini yang 'selamat' supaya tidak sesiapa dipertanggungjawabkan di atas kekhilafan itu. Hehehe....

Akupun meneruskan rutin harian sebagaimana biasa- kisah Lembaga Perubatan tidak pun mengganggu tidur dan jagaku. Sehinggalah suatu petang khamis di bulan Januari;aku menerima pesanan melalui  PAR sekolah supaya hadir ke HTAR untuk temuduga Lembaga Perubatan keesokkan harinya.

Aku hadir dengan ditemani suami dengan sedikit kepayahan kerana sukar mendapatkan parkir. Aku sampai lewat 10 minit dari masa yang ditetapkan tapi nasib baik sesi belum dimulakan. Aku orang oertama yang dipanggil..... Sesi temuduga berlangsung lebih kurang 20 minit,aku menjwab setiap soalan yang dikemukakan oleh doktor pakar dan Penguasa HTAR dengan tenang. Sebelum sesi berakhir Penguasa Hospital merumuskan: Saya rasa cikgu masih boleh mengajar sebab cikgu boleh bercakap dengan baik,mungkin tak sesuai mengajar murid sekolah tapi di peringkat universiti rasanya tiada masalah. Kata-katanya membuatkan aku ketawa;"Saya hanya berkelulusan SPM,doktor........" Semua ahli panel ketawa kecil bersama-sama.Akhir sekali dia bertanya." Majikan berpendapat cikgu patut dibersarakan,apa komen cikgu?" Setelah menelan liur aku menjawab" Jika itu pendapat majikan,saya bersedia untuk dibersarakan sebab  saya memang tidak dapat lakukan tugas saya sebagai cikgu biasa..... banyak kerja memerlukan bantuan orang lain,saya boleh buat jika tugas itu telah dipermudahkan........ Sekali dua mungkin saya boleh minta tolong kawan yang lain,tapi kalau berterusan ...itu suatu yang menyukarkan.... " lancar saja kata itu keluar dari mulutku tanpa kurancang. Sesi tamat dan aku diberitahu keputusan akan diberitahu kemudian.

Sekali lagi sepi tanpa berita dan akupun tak memikirkan langsung hal itu. Tiba-tiba pada suatu tengahari Khamis dalam bulan Mac aku diminta oleh PT sekolah supaya melengkapkan borang untuk pesara dengan kadar segera... Akal ku terus membuat kesimpulan: AKU AKAN DIBERSARAKAN.......... tapi bila? Soalan bertalu-talu menerjah kotak akalku,"kenapa takde makluman apa-apa alih-alih kena isi borang?"

Persoalan akhirnya terjawap apabila aku menerima surat dari JPS. Isi kandungan menyatakan Lembaga Perubatan bersetuju "Pegawai dibersarakan kerana  tidak mampu menjalankan tugas hakiki atas sebab kesihatan:kelemahan anggota kekal akibat strok" - tarikh persaraan akan diputuskan kelak........ maka dengan itu pegawai diberikan cuti perubatan khas dan dibayar gaji sehingga sehari sebelum tarikh bersara..... 

cempedak dah jadi nangka........ aku pasrah kerana aku percaya ini bukanlah suatu kesilapan mahupun kebetulan melainkan ini adalah perancangan Allah jua...... pasti ada hikmahnya.....

No comments:

Post a Comment