Thursday, 5 April 2012

Redha Allah atau pengiktirafan manusia...........pilihlah yang mana satu...

"Alah.......dia bukannya buat apa-apapun kat sini,duduk aje suruh jelah dia pindah ke sana.....kat sanapun nanti duduk juge le........."berdesing cuping telingaku apabila cerita itu sampai ke pengetahuanku. Aku menghela nafas lambat-lambat,ku telan air liur berkali-kali,aku cuba menguntumkan segaris senyuman sambil berbisik kepada diriku sendiri.........."alhamdulillah.....".


Komuniti ini kecil,apa jua yang kita bicarakan samada baik mahupun buruk akan diketahui oleh semua orang. Sebagai contoh;kalaulah hari ini kita sibuk mengulas tentang si polan,entah esok atau lusa si polan sendiri sudahpun  dapat mendengar edisinya. Cuma masanya bergantung kepada darjah sensasinya sesuatu cerita itu.


Sekonyong aku teringat akan kata-kata yang selalu dilafazkan oleh Dr Muhaya;'Apakah kita perlukan pengiktirafan manusia atau kita perlukan redha Allah?' Tepuklah dada,tanyalah iman;yang mana pilihan kita.


Aku tak perlu menjawab mahupun membidas pernyataan itu. Cukuplah malaikat raqib dan atiq yang menjalankan tugasnya dan Allah yang menyaksikan segalanya. Bukankah Allah Maha Melihat,Maha Mengetahui?


Hati yang cepat perasa terus-terusan ku pujuk.Kupujuk dengan zikir dan doa.....Kalau aku gagal memujuk sang hati,pastilah aku telah memenangkan amarahku,dan syaitan pastinya bertepuk gembira.......Memang bukan mudah memujuk hati yang terluka;tapi bukan jua mustahil......sebagai hamba yang lemah,aku  sentiasa berpaling kepada Allah sebaik-baik tempat mengadu.


Agak lama juga aku cuba menghindar daripada terserempak dengannya,bukanlah kerana benci tetapi kerana hatiku masih terasa ngilu dengan ungkapan katanya. Aku cuba menepis kesedihan yang masih tersisa kerana aku sedar bersedih bukan penyelesai masalah. Aku senang sekali mendengar alunan nasyid 'Dont be sad' yang dipost ke laman facebookku. Terubat sedikit hatiku yang lara.


"Kalau macam tu dia kata,why not you work smart?" cadang seorang teman."How?" tanyaku kurang mengerti. "Bila dia ada kat sini,you buat kerja kat depan dia. Bila dia tak de,you buat sikit-sikit sudahlah......" cadang teman itu lagi sambil tersengih lebar. Aku termangu dengan cadangannya. "Tak pelah.......Allah nampak apa yang kita buat.......suka hati dialah nak komen apa."balasku mengakhiri sesi perbualan hari itu.


Semenjak hari itu,aku tak pernah mahu tahu apa yang mereka perkatakan. Aku lakukan kerja yang terdaya sambil mengharap redha Allah;sementara masih ada masa yang tersisa.....sebelum aku dijemput pulang.......





No comments:

Post a Comment